Cara Menjayakan SEO Untuk Blog Anda

Jun 15, 2017
Cara Menjayakan SEO Untuk Blog Anda

Jadi anda tertarik dalam pengoptimuman enjin carian 'search engine optimization' (SEO), tetapi seperti kebanyakan blogger baru, anda takut dengan kerumitan dilihat dalam bidang ini. Terdapat banyak faktor-faktor yang memberi kesan terhadap kedudukan blog anda dalam enjin carian.

Dan belajar bagaimana untuk menguasai kesemua itu adalah satu proses yang memerlukan bertahun-tahun pengalaman dengan berbagai percubaan.
Walau bagaimanapun, anda tidak memerlukan bajet yang besar untuk bermula dengan SEO.

Untuk memulakan, anda memerlukan tujuh komponen asas untuk kempen SEO ini:

1. Laman web dengan plugin SEO yang baik


Pertama, anda perlukan sebuah laman web yang baik, dan jika ini adalah usaha pertama anda untuk mempermudahkan kerja, gunakan pembina Laman web seperti Wordpress. Malah, ini dan laman web pembina yang lain adalah murah dan mudah untuk digunakan; dan, penting sekali, ia dilengkapi secara automatik untuk menangani asas-asas SEO.

Sebagai contoh, mereka akan dikodkan dalam cara yang kemas, bersih dan mudah untuk labah-labah enjin carian merangkak ke blog anda, dan mereka juga responsif, jadi anda tidak perlu risau tentang strategi yang berasingan untuk pengoptimuman pelayaran mudah alih. Anda juga mungkin mahu mempertimbangkan plugin SEO yang berasingan, yang boleh membantu anda dengan tugas-tugas teknikal seperti mengoptimumkan tag tajuk dan penerangan meta dan penunjuk ketumpatan kata kunci anda dalam pelbagai halaman.

2. Pemilihan niche dengan teliti


Seterusnya, anda perlu menentukan niche anda dan senarai sasaran kata kunci yang dipilih dengan teliti. Jika anda pergi terlalu umum, anda akan berakhir bersaing kata kunci dengan perniagaan yang mempunyai bajet yang lebih besar dan lebih panjang sejarah pembangunan. Sebaliknya, ia adalah lebih baik memberi tumpuan niche yang sangat spesifik yang berkaitan dengan pembaca anda.

Di persimpangan itu, anda akan perlu untuk melakukan kajian kata kunci. Anda tidak perlu runsing di sini; hanya sasarkan campuran asas kata kunci 'head' dan lanjutan kata-kunci 'long-tail', dan sasarkan untuk terma-terma yang mempunyai pencarian yang tinggi dan persaingan yang rendah.

3. Baik pulih 'on-site' blog anda


Seterusnya, anda perlu untuk mengoptimakan laman web atau blog anda secara langsung. Memang benar bahawa pembina laman web anda akan menyediakan beberapa asas-asas SEO, tetapi anda masih perlu untuk menambah konten anda sendiri.

Urus blog anda ke dalam kategori dan subkategori, termasuk tajuk halaman yang mengandungi beberapa sasaran kata kunci anda. Pastikan setiap halaman blog anda mengandungi sekurang-kurangnya beberapa ratus perkataan dalam konten yang berguna, ditulis dengan baik dan relevan; dan optimumkan semua tag tajuk dan deskripsi meta anda.


4. Tulis posting blog dengan kerap


Perkara yang paling penting untuk strategi SEO baru untuk berlepas adalah kempen pemasaran konten yang berkualiti tinggi dan ketetapan. Matlamat adalah untuk menghasilkan sekurang-kurangnya dua posting blog baru setiap minggu, meliputi topik-topik yang berkaitan dengan pembaca anda, dan memberikan maklumat yang terperinci dan berguna, yang pesaing anda tidak lagi menulisnya.

Ketulenan, praktikal dan nilai estetik adalah penting di sini, jadi luangkan masa pada strategi penulisan anda. Anda juga boleh masukkan berapa gabungan media, termasuk gambar dan video, jika anda dapat melakukannya (Jangan copy-paste imej-imej atau gambar-gambar dari blog-blog lain tanpa keizinan bertulis dari tuan punya blog).

5. Jadual penerbitan luar 'off-site publication'


Selain daripada pengoptimuman 'on-site' dan pemasaran konten, elemen yang paling penting bagi strategi anda adalah kempen pembangunan pautan luaran -- atau dikenali sebagai pengoptimuman luar 'off-site optimization'. Kualiti dan kuantiti pautan luaran yang menuding ke domain anda menentukan 'authority' blog anda secara keseluruhan, yang seterusnya menentukan kedududukan blog anda pada enjin carian.

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh spam untuk mendapatkan pautan luaran. Sebaliknya, beri tumpuan pada menulis posting blog yang berkualiti untuk penerbit luar 'external publishers', sambil mewujudkan profil penulis dan kepakaran anda secara serentak. kebiasaannya, anda akan mendapat sekurang-kurangnya satu link kembali ke laman web anda, dan lama-kelamaan, anda akan membangunkan 'authority' untuk blog anda bagi kedudukan yang tinggi di enjin carian.

6. Hubungkan dengan media sosial


Bertentangan dengan kepercayaan popular bahawa media sosial tidak mempunyai hubungan yang langsung dengan kedudukan enjin carian, ia mempunyai kesan secara tidak langsung untuk kejayaan kempen SEO anda. Jadi sentiasa promosikan posting blog baru anda; anda akan mendapat lebih banyak 'shares' dan pautan ke posting blog tersebut, yang boleh meningkatkan 'visibility' carian blog anda.

Di samping itu, anda akan mendapatkan lebih ramai pengikut, boleh menjadi aliran tambahan trafik ke blog anda (dan cara yang baik untuk mewujudkan kredibiliti anda).

7. Laporan strategi yang baik


Akhir sekali, anda memerlukan beberapa cara untuk mengukur keberkesanan strategi anda (jadi anda boleh menentukan apa perubahan yang anda perlu buat kepada strategi anda). Alat permulaan yang baik adalah Google Analytics, yang akan membolehkan anda untuk mengukur 'trafik organik blog anda' -- bererti jumlah trafik yang anda sedang menjana secara semulajadi melalui enjin carian.

Baca juga: 5 Platform E-Dagang Yang Terbaik Untuk Perniagaan Kecil
Dikuasakan oleh Blogger.