Taktik Yang Berkesan Untuk Pemasaran Digital

Jun 26, 2017
Taktik Yang Berkesan Untuk Pemasaran Digital

Dalam dunia pemasaran digital yang pantas, trend baru cepat membatalkan kaedah yang telah terbukti yang digunakan masa lalu untuk berhubung dan berinteraksi dengan pengguna-pengguna. Selalunya, pengguna-pengguna yang menentukan trend ini -- dan ia terpulang kepada pemasar digital untuk bersaing.

Kerana pemilihan pengguna 'user preferences' terus berkembang, ada beberapa taktik yang boleh digunakan oleh pemasar digital buat masa kini.

Berikut adalah lima strategi yang dapat membantu pemasar digital menarik lebih ramai pengguna dan pembaca untuk pemasaran online mereka.


1. Pemasaran peranti mudah alih 'mobile marketing'.


Pemerhati industri telah berbincang mengenai peralihan kepada pasaran penuh mudah alih sejak dari dahulu lagi. Desktop telah mengekalkan statusnya sebagai Raja e-dagang ‘king of e-commerce’, tetapi status tersebut telah sampai ke penghujungnya.

Majoriti daripada carian yang dilakukan di online pada 10 buah negara (termasuk Amerika Syarikat dan Jepun) datangnya dari peranti mudah alih. Untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa, Google telah memperkenalkan indeks mudah alih pertama 'mobile-first index'. Kedudukan pada enjin carian Google berkait dengan laman web yang dioptimasikan untuk pengguna mudah alih 'mobile uses'.

Ia adalah penting untuk pemasar-pemasar memahami bagaimana carian mudah alih 'mobile search' berfungsi, terutamanya berkaitan dengan e-dagang.


2. Facebook bidaan-automatik ‘auto-bidding’.


Facebook auto-bidding masih merupakan satu konsep yang agak baru, dan seperti apa-apa yang baru, ia mempunyai beberapa kelemahan yang perlu ditangani.

Pada dasarnya, ciri-ciri ini membolehkan penjual untuk membida atas aset paling penting yang Facebook tawarkan pada pengiklan: hartanah ‘real estate’. Pemasar-pemasar memasuki lelongan online di mana berjuta-juta pengguna global membida atas 'impressions'.

Bidaan secara manual merupakan kaedah yang sesuai untuk meletakkan sesuatu bidaan, tetapi pengoptimuman Facebook untuk auto-bidding semakin cepat mendapat sambutan. Perniagaan-perniagaan perlu mengambil kesempatan peluang baru ini.


3. Shopify.


Sejak tahun 2008, Magento telah menjadi pilihan pertama bagi peniaga-peniaga mewujudkan stor online. Pada Jun 2016, Shopify melonjak pada pengunaannya. Seolah-olah pada semalaman sahaja Shopify naik dari kedudukan di bahagian bawah dengan memotong Magento sebagai platform No. 1 dalam 'search queries' dan keinginan pengguna 'consumer interest'.

Terdapat banyak sebab mengapa ini berlaku. Shopify lebih mudah untuk digunakan berbanding Magento dan mempunyai beberapa apps yang hebat.

Terdapat berbagai platform e-dagang boleh dipilih yang sesuai dengan setiap perniagaan online hari ini selain Shopify. Peniaga-peniaga harus mengambil kesempatan potensi platform-platform e-dagang ini untuk memperkembangkan perniagaan mereka dimasa akan datang.


4. Konten yang dibuat untuk SEO.


Optimasi enjin carian 'Search-engine optimization' (SEO) adalah antara aspek yang paling banyak digunakan dalam pemasaran digital. Pemasaran konten memainkan peranan yang penting dalam dunia optimasi enjin carian SEO.

SEO telah menjadi 'spammy' pada satu masa dahulu, dengan kata-kata kunci agresif yang diletakkan ke dalam konten dan konten yang di 'copy-paste'. Untuk SEO terus bertahan dalam dunia digital, perniagaan harus mencari cara-cara yang kreatif dan mempunyai strategi SEO yang mantap bagi memastikan halaman laman web mereka berada di atas hasil enjin carian 'search-engine results pages' (SERPS).


5. Iklan YouTube.


Iklan YouTube telah pergi jauh sejak ia mula ditubuhkan. Terlalu banyak syarikat tersilap dengan menggunakan iklan YouTube tanpa mengira tempat serta kualiti konten video yang mereka iklankan. Sejak kebelakangan ini, YouTube telah memberi fokus kepada pengiklanan kontekstual.

Sebagai contoh, sesebuah syarikat kereta mungkin mahu untuk memaparkan iklan-iklan kereta baru mereka pada video ujian memandu atau saluran automotif. Ia masuk akal untuk pengiklan yang membayar wang untuk iklan mereka ditayangkan seberapa banyak yang boleh pada video-video yang mempunyai niche yang berkaitan dengan iklan mereka.

Pada masa hadapan, iklan YouTube akan menjadi lebih pintar dan lebih sensitif untuk pemasar digital dan pengiklan menentukan pelanggan-pelanggan yang berpotensi melihat iklan mereka.


Kesimpulan


Dalam pemasaran digital, maksud masa depan ialah bermula dari sekarang. Ianya berubah-ubah dari masa ke semasa dan ini menjadikan industri ini agak mengecewakan, tetapi pada masa yang sama ianya juga menarik, jika anda mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh digunakan lagi.

Dikuasakan oleh Blogger.