Teknik Hacking SEO Untuk Perniagaan Anda

Julai 13, 2017
Teknik Hacking SEO Untuk Perniagaan Anda

Dalam pasaran yang kompetitif ini, ia adalah hampir mustahil untuk berjaya dalam pemasaran digital tanpa sebuah laman web yang disusun baik. Perniagaan online adalah sebahagian besar dari hasil keuntungan perniagaan hari ini, dan dalam banyak niche, pembeli akan memilih untuk membeli produk sama ada harga yang lebih murah atau pilihan nilai terbaik. Jika anda mahu mendapatkan hasil penjualan yang baik dari internet, ianya tidak cukup untuk bergantung pada lama web yang disusun baik sahaja. Anda mesti memberi tumpuan kepada pertumbuhan strategi hacking seo, dan membuat laman web anda kelihatan kepada Google.

Sejak beberapa tahun yang lalu, profesion yang agak baru muncul -- Mengoptimasi enjin carian 'search engine optimization' (SEO). Hari ini ia telah berkembang dan menjadi satu keperluan bagi setiap perniagaan di online. SEO memberi kuasa kepada pemilik laman web untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam kedudukan enjin carian Google dan secara umumnya, membuat lebih banyak duit dalam landskap digital.

Terdapat ramai orang yang menggunakan pendekatan yang salah, yang menumpukan kepada fahaman 'menerbitkan dan tunggu.' Terdapat sedikit yang memahami bahawa seperti profesion lain, SEO amat teknikal dan perlu dilaksanakan dengan berhati-hati. Salah satu cabaran terbesar adalah sentiasa peka dengan perubahan algoritma Google. Internet secara keseluruhannya sentiasa berkembang, dan usaha terhadap SEO perlu dilakukan oleh seorang webmaster untuk bersaing dengan proses Google yang sentiasa berubah-ubah.

Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan pada anda tiga bahagian penting untuk membantu anda meningkatkan kadar pertumbuhan laman web dan perniagaan anda tanpa membelanjakan sesen pun pada iklan.


Menjaga aspek-aspek teknikal SEO.


Keperluan optimasi enjin carian 'search engine optimization' sebagai sebahagian daripada pelan awal adalah penting kerana pelbagai perkara yang boleh berlaku pada laman web anda yang dapat menghalang perniagaan internet anda dari berjaya.

Pertama, anda perlu menyemak fail robots.txt dan tag-tag META laman web anda. Kedua-dua ini digunakan untuk menghadkan akses Google ke fail-fail tertentu. Kadangkala, webmaster boleh menambahkan halaman-halaman web tertentu yang tidak sepatutnya berada dalam senarai itu. Akibatnya, beberapa artikel anda tidak akan diindeks.

Susunan laman web dan XML sitemap anda perlu sempurna. Robot-robot Google, atau (crawler) akan merangkak laman web anda dari masa ke semasa dan mereka perlu mempunyai akses penuh kepada sumber-sumber tertentu. Disinilah di mana kehebatan teknikal mula memainkan peranan. Susunan laman web anda mestilah dibuat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan menawarkan pelayaran yang mudah. Jika tidak, kedua-dua pelanggan-pelanggan dan Google mungkin tidak perasan sebahagian daripada konten anda.

Pastikan untuk melaksanakan strategi-strategi optimasi perjalanan pelanggan 'customer journey optimization strategies', dan pastikan setiap bahagian daripada konten di laman web anda berorientasikan ke arah pengguna 'end users'. Tanpa mengira peranti mereka -- desktop atau telefon bimbit -- pengguna harus mampu melayari halaman laman web anda dengan mudah dan cepat.

Sekarang, mari kita perhatikan tentang domain anda secara keseluruhannya. Laman web anda perlu didaftarkan di negara di mana anda sedang menjalankan perniagaan. Untuk mencapai hasil yang lebih baik dalam enjin carian tempatan, anda harus memikirkan untuk mempunyai nama domain tempatan seperti .com.my dan .my.

Jika anda adalah syarikat multinasional, atau jika perkhidmatan anda disediakan semata-mata melalui internet, anda boleh pergi untuk nama root domain. Semua orang bersaing untuk mendapatkan domain .com , tetapi anda boleh memilih mana-mana kombinasi. Ranking di Google memerlukan banyak faktor-faktor lain, dan nama domain anda tidaklah memainkan peranan besar dalam hal itu.

Satu poin lain yang perlu disebut: cubaan untuk membina laman web dwi-bahasa mungkin kelihatan menarik, tetapi jika anda adalah seorang blogger yang baru, ianya mungkin terbaik sekiranya anda memulakan dengan satu bahasa sahaja.


Melabur dalam kajian kata kunci.


Setiap posting blog perlu dicipta secara strategik. Ianya perlu diberi tumpuan pada sekitar satu terma tertentu atau frasa, atau lebih dikenali sebagai kata kunci. Kata kunci ini adalah apa yang pengunjung-pengunjung laman web gunakan untuk menaip dalam carian google untuk mencari laman web anda. Usaha anda harus ke arah untuk meningkatkan konten anda dengan kata kunci yang tepat dan muncul di halaman pertama carian Google apabila pengguna-penguna internet mencari kata kunci tertentu. Jelas, semakin tinggi kadar kejayaan anda dalam strategi pemasaran konten, semakin tinggi trafik dan kedudukan laman web anda dalam enjin carian Google.


Blog dan konten yang hebat memainkan peranan yang penting.


Era penerbitan konten yang hebat dan menakluk dunia internet dengannya telah lama berlalu. Pada pendapat kami, konten yang hebat bukanlah Raja 'king' lagi kerana terdapat banyak konten-konten yang hebat di internet, dan dalam dunia SEO ianya tidak boleh mempunyai Raja-Raja yang terlalu banyak. Rahsia kejayaan sebenar bergantung kepada faktor-faktor lain seperti pemasaran konten, strategi promosi konten dan lain-lain rahsia pertumbuhan strategi hacking SEO .

Salah satu cara terbaik untuk menerbitkan dan mempromosikan konten yang hebat dan meningkatkan ROI anda adalah dengan mempunyai blog untuk laman web anda. Sebaik sahaja anda telah menyediakan blog untuk laman web anda dan buat konten anda, anda perlu fokus untuk membina pautan. Dalam erti kata lain, anda perlu mencipta konten visual -- sama ada dalam bentuk video atau artikel -- yang kemudiannya akan dikongsi oleh blogger-blogger lain di laman web mereka sendiri. Dengan cara ini ia menyalurkan 'authority' dari sumber-sumber lain untuk laman web anda. Pautan atau backlink adalah tanda 'trust' daripada profesional-profesional lain dalam industri anda. Tanpa mengira produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan, pembangunan pautan merupakan strategi yang akan dapat meningkatkan kedudukan laman web anda dalam enjin carian.

Baca juga: 6 Trend SEO Yang Perlu Diberi Perhatian
Dikuasakan oleh Blogger.